PEKAN: Lapan keluarga dipindahkan susulan tanah mendap berhampiran bangunan kuarters Sekolah Kebangsaan Bandar 2, di Paloh Hinai, di sini.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, semua penghuni dipindahkan sementara ke asrama sekolah sebagai langkah berjaga-jaga.
"Pihak polis telah menerima maklumat daripada pihak sekolah pada jam 8.55 pagi menyatakan terdapat satu kejadian tanah mendap berhampiran dengan kuarters sekolah.
"Bangunan kuarters 4 tingkat itu didiami oleh lapan keluarga yang terdiri daripada 14 orang dewasa dan 10 orang kanak-kanak.
"Semua penghuni telah dipindahkan buat sementara ke asrama sekolah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Mohd Zaidi, JKR daerah dan Jabatan Bomba kini melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan tersebut.
"Pihak JKR juga memaklumkan siasatan tanah dan tapak oleh Bahagian Struktur dan Cerun secara terperinci akan dibuat bagi tujuan pembaikan kawasan mendapan," katanya.
Mohamad Zalani Atan
Sun Jan 07 2024
Kejadian tanah mendap berhampiran bangunan kuarters Sekolah Kebangsaan Bandar 2, di Paloh Hinai. -Foto ihsan IPD Pekan
Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
AWANI Ringkas: Lebih 39,000 pengundi tunai tanggungjawab
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Arsenal sudah atur perarakan julang trofi liga
Bakal juara musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/2024, Arsenal, sudah siap melakukan perancangan rapi untuk menjulang piala kejuaraan.
AWANI Ringkas: Susulan insiden letupan bom di Narathiwat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (Perkembangan setakat jam 12:00pm)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Perhimpunan Agung PBB terima resolusi pertimbangkan semula keanggotaan Palestin
Resolusi diterajui UAE itu diterima selepas mendapat sokongan majoriti dengan 143 negara anggota menyokong, sembilan menentang, 25 berkecuali.
Gelap mata untung lumayan, warga emas rugi RM412,500
Lelaki warga emas itu melakukan beberapa transaksi berjumlah RM412,500 kepada empat akaun berbeza baru-baru ini bagi menerima pulangan dan keuntungan berkenaan.
Keputusan PRK KKB dijangka sekitar 9 malam ini
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, pihaknya menjangkakan keputusan pagi PRK KKB akan diumumkan sekitar jam 9 malam ini. #AWANInews #PRKKKB
SPR jangka peratusan keluar mengundi PRK KKB capai 60 peratus
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, lazimnya peratusan keluar mengundi di KKB sekitar 67 peratus, namun pada PRK kali ini, beliau jangka sebanyak 60 peratus secara realistiknya. #AWANInews #PRKKKB
Pentagon halang Rusia guna kelengkapan Starlink di medan perang
Kit Starlink masih boleh dibeli di Rusia walaupun ia tidak dijual secara rasmi. Akaun didaftarkan di bawah nama pengguna warga Eropah untuk mengelakkan ia dikesan.
Tanah mendap di kuarters sekolah, lapan keluarga dipindahkan
Tanah mendap di kuarters sekolah, lapan keluarga dipindahkan
Kes cabul OKU: Polis rekod keterangan 12 pelajar
Polis telah merekodkan keterangan 12 pelajar bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul melibatkan 14 pelajar lelaki golongan orang kurang upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah di sini.
Premis kerajaan dicadang guna beras import bersubsidi
Mohamad berkata langkah itu dijangka dapat mengembalikan sejumlah besar beras tempatan ke pasaran, kerana penggunaan premis berkenaan terhadap beras tempatan buat masa ini, adalah tinggi.
Tragedi Pos Tohoi: Kerajaan bayar RM1.2 juta kepada keluarga tujuh pelajar Orang Asli
Kerajaan akan membayar RM1.2 juta sebagai penyelesaian penuh terhadap saman yang difailkan keluarga Orang Asli berhubung kehilangan tujuh anak mereka dari asrama sekolah di Pos Tohoi, Gua Musang, Kela
Remaja 14 tahun dipercayai hilang sejak Selasa
Susulan laporan polis dibuat bapa remaja tersebut, polis telah mengedarkan semboyan orang hilang kepada seluruh balai polis.
42 kes buli di sekolah Perak sejak Januari hingga Julai - Polis
Polis Perak berharap, pihak Jabatan Pendidikan Negeri boleh menyelesaikan kes-kes buli secara dalaman terlebih dahulu.
Kebajikan 46 pelajar asrama terjejas ribut akan dipantau, disegerakan bantuan
Kerja baik pulih dijangka mengambil masa kira-kira sebulan sebelum pelajar dibenarkan kembali ke asrama.
Guru, murid SK Orang Kaya Muda Pakeri cemas asrama terbakar
Kebakaran melibatkan satu blok asrama yang menempatkan dua asrama lelaki dan dua asrama perempuan.
Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama
KPM membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.